Sunday, May 10, 2009

MENGUTIP CINTA DI SIMPANG RENGGAM...

Alhamdulillah, walaupun hanya sekejap - pergi pagi pulang petang - namun kepuasan memang jelas terasa..

1- Bertemu anak didik yang bakal melangkah ke alam baru selepas SPM....kalaulah ibu tetap memandang anaknya sebagai 'anak kecil kesayangannya' walaupun telah dewasa...begitulah seorang guru tetap memandang anak didiknya sebagai 'pelajar sekolah' walaupun mereka telah pun habis 5 tahun di sekolah. Dah besar panjang...nasib baik ustaznya masih paling tinggi dan paling besar!

2- Bertemu rakan-rakan guru teman seperjuangan di sekolah lama. Biar masa berubah, wajah pun berubah namun kemesraan tetap ada. Bercerita tentang kisah lama, suka duka bertahun lalu...berbincang pula soal semasa...gelak ketawa masih rancak menghiasi perbualan...alhamdulillah saya masih punya teman yang tetap bersahabat walau masa dan keadaan telah berbeza. Sahabat sejati tidak punya kepentingan...sahabat sejati sentiasa inginkan kejayaan untuk sahabatnya...

3- Melihat kembali tempat lama yang sentiasa menjadi laluan...kedai-kedai tempat membeli-belah...tempat singgah makan dan minum...stesen minyak...sekolah...asrama...terasa begitu cepat masa berlalu!

Bila hati sudah terpaut...masa dan keadaan tidak lagi memberi erti...

Semoga Allah SWT memelihara kasih sayang yang sudah termeteri...

5 comments:

izni nor ali said...

laen kali kite lepak2 lgi..
best2...=)

zarseries said...

sedey ar baca entri ni..
wawawaa..

nak balik sempang jugak..

..::بشرى::.. said...

haha...ust mmg sempoi la...tabik spring kt ust

chimmy said...

walaupun takde kaitan ng same-punk, etrsentuh bace entri ni..

bila sekali hati bertaut, selamanya takkan pudar..

selamat hari guru..

ajim said...

erm.. kenangan silam sesuatu yg berharga utk dinilai.. betul kan ustaz?